KUALA LUMPUR: Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan lebih 10 juta penumpang pada Jun 2023, tertinggi sejak operasi dihentikan di peringkat global pada Mac 2020.
Rangkaian lapangan terbang MAHB di Malaysia dan Turkiye terus menunjukkan pertumbuhan penumpang yang konsisten dengan mencatatkan jumlah pergerakan penumpang antarabangsa tertinggi baharu sebanyak 4.9 juta pada Jun 2023, naik 7.1 peratus daripada bulan sebelumnya.
Jumlah pergerakan penumpang domestik kekal melebihi paras 5.0 juta untuk bulan kedua berturut-turut pada Jun 2023 sebanyak 5.3 juta.
"Secara keseluruhannya, pada separuh pertama 2023, kumpulan mencatatkan 56.1 juta pergerakan penumpang, mencapai 82 peratus daripada paras sebelum pandemik pada 2019 dalam tempoh yang sama," menurut MAHB dalam kenyataan hari ini.
Pengarah Urusan Malaysia Airports Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata rangkaian lapangan terbang itu berkembang sejajar dengan pemulihan trafik global dan serantau secara berperingkat.
Katanya jumlah pergerakan penumpang pada separuh pertama 2023 untuk lapangan terbang di Malaysia mencatatkan 38.9 juta penumpang berikutan trafik antarabangsa mencatatkan kemajuan disokong oleh perkembangan positif manakala sektor domestik terus menerajui momentum pemulihan trafik.
Iskandar berkata penyambungan semula operasi 45 syarikat penerbangan dan penubuhan dua syarikat penerbangan baharu, iaitu T'way Air dan TransNusa, meningkatkan jumlah pemulihan kapasiti tempat duduk syarikat penerbangan kepada 75 peratus sebanyak 50.5 juta pada separuh pertama 2023 berbanding separuh pertama 2019 sebanyak 67.3 juta.
"Selain itu, jumlah purata faktor muatan pada separuh pertama 2023 melebihi separuh pertama 2019 sebanyak 1.2 mata peratusan mencatatkan 76.1 peratus, dengan purata faktor muatan yang lebih tinggi dicatatkan setiap bulan pada separuh pertama 2023 kecuali pada bulan Ramadan, memberikan keyakinan untuk pertumbuhan seterusnya dalam kapasiti tempat duduk ke arah pemulihan trafik," katanya.
Menurut MAHB, pada Jun 2023, operasi di Malaysia mencatatkan hampir tujuh juta pergerakan penumpang, meningkat dua peratus daripada bulan sebelumnya.
Pergerakan penumpang antarabangsa di Malaysia buat kali pertama mencatatkan lebih tiga juta penumpang sebanyak 3.2 juta, yang juga naik tujuh peratus berbanding Mei 2023.
Momentum trafik untuk pergerakan penumpang domestik terus mencatatkan melebihi paras tiga juta sejak Disember 2022.
Prestasi Malaysia terus menyumbang kepada hampir 70 peratus daripada jumlah pergerakan penumpang global MAHB sebanyak 10.2 juta penumpang pada bulan lepas.
Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul di Turkiye (SAW) mencatatkan pencapaian penting dengan merekodkan jumlah pergerakan penumpang tertinggi sejak Mac 2020.
Ia meningkat sebanyak 4.4 peratus kepada 3.3 juta penumpang pada Jun 2023 dan telah pulih sepenuhnya kepada paras sebelum pandemik pada 2019 dan 1.5 peratus pada separuh pertama 2023.
Jun 2023 turut menyaksikan SAW mencatatkan satu lagi paras tertinggi baharu untuk pergerakan penumpang antarabangsa sebanyak 7.2 peratus kepada 1.7 juta penumpang manakala pergerakan penumpang domestik mencatatkan 3.7 peratus kepada 1.6 juta penumpang daripada bulan sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023
Jumlah pergerakan penumpang domestik kekal melebihi paras 5.0 juta untuk bulan kedua berturut-turut pada Jun 2023 sebanyak 5.3 juta. - Gambar fail
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Konflik Iran-Israel: Pendapatan Malaysia Airports dijangka terjejas hingga 26%
Ketegangan geopolitik yang kian menggusarkan di Asia Barat boleh menyebabkan penumpang udara dari rantau itu terjejas sekali gus mampu mengurangkan pendapatan Malaysia Airports Holdings Berhad.
Malaysia Airports catat lebih 10 juta pergerakan penumpang pada Oktober 2023
Angka pada Oktober telah mencecah lebih 87 peratus daripada paras sebelum pandemik untuk sektor antarabangsa dan domestik.
Malaysia Airports catat lebih 11 juta pergerakan penumpang pada Ogos 2023
MAHB merekodkan lebih 11 juta pergerakan penumpang dalam rangkaian lapangan terbangnya di Malaysia dan Turkiye pada Ogos 2023.
Malaysia Airports raih 52.7 juta trafik penumpang pada 2022 - MAHB
Trafik penumpang udara raih momentum pada 2022 dengan catatan 52.7 juta berbanding 10.72 juta pada 2021.
Pengembara antarabangsa boleh ambil RTK-Ag dalam 24 jam, di luar lapangan terbang - MAHB
Ujian tersebut boleh dilakukan di mana-mana pusat kesihatan swasta, termasuk klinik dan hospital pilihan pengembara.
Malaysia Airports sambut baik pembukaan sempadan negara
Pengerusi Malaysia Airports Datuk Seri Zambry Abd Kadir menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan terhadap keputusan terbaharu itu.
Caj perkhidmatan penumpang: Mahkamah tolak rayuan AirAsia berhubung penghakiman terus diperoleh MASSB
Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd (AAX) untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Pestech raih kontrak RM742.95 juta sedia infrastruktur baharu APM di KLIA
Projek tersebut membabitkan penggantian kenderaan baharu APM, bekalan tenaga, komunikasi dan sistem isyarat, stesen peralatan APM, kemudahan penyelenggaraan dan peralatan.
MAHB peruntuk capex sehingga RM700 juta bagi inisiatif Lapangan Terbang 4.0
Sebahagian besar daripada peruntukan itu akan dibelanjakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun pertama pelan itu.
90 peratus kakitangan Malaysia Airports di KLIA telah divaksinasi
Kira-kira 90 peratus petugas Malaysia Airports di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) telah divaksinasi sejak pembukaan pusat pemberian vaksin industri (PPVIN) KLIA pada 5 Julai lepas.